ANAK LAMBAT DALAM PEMBELAJARAN ADAKAH SEJENIS PENYAKIT ATAU TIDAK?

 Jom kenali ciri-ciri disleksia pada kanak-kanak dan orang dewasa! 

 

Apa  itu Disleksia 



Disleksia ialah masalah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Perkataan disleksia merupakan gabungan daripada perkataan Greek dys yang membawa maksudkesukaran’ dan lexis bermaksudbahasa’. Secara keseluruhannya disleksia bermaksudkesukaran dalam berbahasa’ (ott dalam Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan, 2006). Seseorang yang mengalami masalah disleksia ini kelihatan normal sahaja seperti kanak-kanak yang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, disleksia ini bukanlah sejenis penyakit namun  disleksia merupakan  gangguan yang terjadi di dalam diri seseorang  kanak-kanak ketika  proses  pembelajaran yang khusus dimana kanak-kanak yang mengalami gangguan ini akan mengalami kesulitan untuk menulis, membaca dan mengeja  dengan baikDisleksia juga sering kali dikaitkan dengan masalah yang berkaitan dengan kannak-kanak, akan tetapi orang dewasa juga boleh mengalami gangguan ini. Oleh itu, secara amnya, World Federation of Neorology mendefinisikan bahawa disleksia ini merupakan salah satu gangguan dalam diri kanak-kanak yang telah terima pendidikan biasa namun mereka tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf dengan intelek 


Ciri-ciri disleksia  



Menurut
laman web Bright Solution For Dyslexia, terdapar 4 peringkat yang boleh diperhatikan mengikut simptom yang dialami oleh seseorang mengikut umurnya ;
 


1. Peringkat prasekolah  




Peringkat pertama yang boleh dikenalpasti kanak-kanak itu megalami gangguan disleksia ialah dari peringkat prasekolah. Pada kebiasaanya seseorang yang mengalami gangguan disleksia dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami gangguan  disleksia akan menunjukkan ciri-ciri mereka lambat untuk bercakap atau mempunyai masalah pertuturan. kemampuan mereka untuk bercakap atau bertutur sangat lambat. Selain itu, kanak-kanak yang mengalami masalah ini juga  akan mengalami kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang. Sebagai contoh, mereka akan sukar menyebut perkataanpelbagaitetapi menyebutpelgabaiapabila diminta untuk menyebut perkataan tersebut. Selain daripada itu, kemahiran motor kasar dan motor halus mereka juga sangat lemah. Kanak-kanak yang mengalami masalah disleksia pada tahap ini juga mempunyai masalah kesukaran untuk mengimbangkan badan mereka 


2. Peringkat sekolah rendah  


Pada pringkat sekolah rendah kanak-kanak yang mengalami gangguan disleksia akan dapat dikesan melalui kebolehan dan kelemahan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami gangguan ini tidak seperti kanak-kanak yang normal dalam pembelajaran kerana mereka sedikit ketinggalan daripada pelajar lain dan telah menyebabkan mereka tidak gemar untuk belajar dan tidak suka untuk hadir kesekolah. Selain daripada itu, mereka juga menghasilkan tulisan tangan yang teruk yang dikenali sebagai Disgrafia.



Mereka tidak dapat membezakan tulisan dan huruf-huruf serta mereka sering menulis perkataan nombor dan huruf dalam keadaan terbalik. Sebagai contoh perkataan ‘was’ menjadi ‘saw’, 41 menjadi 14 dan huruf ‘b’ menjadi ‘d’.




Selain
dalam pembelajaran, kanak-kanak yang mengalami disleksia akan mengalami kesukaran dalam menguruskan diri sendiri juga. Sebagai contoh, mereka tidak boleh memasang sendiri butang baju dengan sendiri dan menghadapi masalah untuk mengikat tali kasut tidak seperti kanak-kanak yang normal.
 


3. Peringkat sekolah menengah 


Pada peringkat sekolah menengah pula, terdapat ciri tambahan daripada peringkat prasekolah dan peringkat sekolah rendah. Hal ini disebabkan oleh kerana pada peringkat sekolah menengah  seseorang yang mengalami gangguan disleksia akan mengalami masalah untuk menyusun atau mempelajari perbendaharaan kata. Sebagai contoh , bagi pelajar yang normal mereka  mudah untuk  mempelajari perbendaharaan  kata yang baru dan sekali gus mereka akan lebih mudah untuk memahami cara atau teknik dalam menulis karangan akan tetapi pelajar yang mengalami gangguan ini akan sedikit sukar dan  lemah dalam menulis karangan. Selain daripada itu, kemahiran untuk memperolehi bahasa kedua juga akan lebih sukar kerana pemerolehan bahasa pertama mereka yang agak lemah telah mempengaruhimya.




4. Peringkat dewasa





Pada peringkat dewasa ini juga, ciri-ciri seseorang yang mengalami disleksia juga dapat dilihat walaupun mereka sudah menginjak ke alam dewasa. Kebanyakkan ciri-ciri pada peringkat ini adalah sama seperti pada peringkat yang sebelum ini iaitu pada peringkat prasekolah, peringkat sekolah rendah, dan peringkat sekolah menengah. Seseorang yang mengalami gangguan masalah disleksia  ini masih lagi sukar untuk membaca dan perlu membaca dua hingga tiga kali bagi memahami sesuatu ayat. Mereka juga masih lagi tidak dapat membezakan huruf seperti ‘b’ dan ‘d’ serta keliru dengan arah seperti kanan dan kiri.  Selain daripada keliru arah kiri dan kanankebarangkalian untuk mereka sesat  ke rumah sendiri adalah tinggi kerana mereka mudah lupa dan sering keliru dengan arah walaupun mereka sudah biasa dengan jalan tersebut. Seseorang yang mengalami gangguan ini juga tidak gemar untuk menulis kerana mereka tidak mahir untuk menulis dalam ayat yang panjang 






Kesimpulannya, disleksia merupakan gangguan pekembangan bahasa yang dialami oleh seseorang kanak-kanak mahupun orang dewasa. Mengikut portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau dikenali sebagai MyHealth dianggrakan sebanyak 4 hingga 8 % pelajar sekolah di Malaysia mempunyai masalah disleksia. Namun begitu, seperti yang sudah kita sedia maklum, ibu bapa, penjaga kanak-kanak atau orang dewasa yang mengalami masalah ini tidak perlu khawatir kerana  disleksia ini bukanlah sejenis penyakit tetapi ianya merupakan satu gangguan dalam diri seseorang ketika proses pembelajaran yang khusus berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakkan daripada mereka yang mengalami masalah disleksia ini telah menunjukkan tindak balasa yang positif kepada langkah-langkah pemulihan yang dijalankan ke atas seseorang yang mengalami gangguan disleksia ini 

 



BIBILOGRAFI


Khazriyati Salehuddin (2018). Psikolinguistik Penerokaan Minda Berlandaskan Bahasa . Bangi.  

                     Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.  


Norul Haida bt. Hj. Reduzan (2013). Ilmu Psikolinguistik. Tanjong Malim. Penerbit Emeritus   Publication. 


https://www.dyslexiamalaysia.org/dyslexia/apa-itu-dyslexia


http://www.myhealth.gov.my/disleksia/


https://www.ceriasihat.com/disleksia/


 





Comments

Popular posts from this blog

ADAKAH BAHASA KOREA BAHASA KEDUA PILIHAN GANERASI KINI ?