ADAKAH BAHASA KOREA BAHASA KEDUA PILIHAN GANERASI KINI ?

 

BAHASA KOREA SEBAGAI BAHASA KEDUA



Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa kedua? 

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) maksud bahasa keduaadalah bahasa yang kedua dipelajari oleh seseorang itu di samping bahasa kandung yang dia peroleh. Bahasa kedua ini adalah bahasa asing yang dipelajari untuk tujuan-tujuan tertentu.”  seperti yang kita ketahui bahawa sebelum kita memperolehi bahasa kedua sudah tentu kita akan memperolehi bahasa pertama terlebih dahulu. Pemerolehan bahasa pertama telah berlaku secara semulajadi semenjak kita baru dilahirkan lagi. Akan tetapi pemerolehan bahasa kedua ini adalah berbeza dengan pemerolehan bahasa pertama yang telah berlaku secara semulajadi kerana pemerolehan bahasa kedua perlu  dipelajari secara formal dan konsisten bagi memastikan seseorang itu dapat menguasai bahasa keduanya itu. Pemerolehan bahasa kedua ini akan berkembang dengan adanya latihan dan pengukuhan yang konsisten. Oleh yang demikian dorongan dan sikap positif adalah perlu dan sangat penting bagi memastikan seseorang itu dapat memperolehi bahasa keduanya dengan baik.

Seperti yang kita boleh lihat pada masa kini ramai rakyat malaysia terutamanya golongan remaja  lebih gemar untuk memilih dan mempelajari bahasa korea sebagai bahasa kedua mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat banyak faktor-faktor yang mempengaruhi remaja pada masa kini untuk mempelajari bahasa korea sebagai bahasa kedua mereka. Antara dua faktor yang utama yang terlibat adalah seperti berikut;   

💕 Kepentingan bahasa tersebut dalam pendidikan dan perhubungan.

Hal ini dikatakan demikian kerana, kebanyakakan golongan remaja di Malaysia pada masa kini telah  membuat  keputusan untuk menyambung pelajaran dan pengajian di luar negara. Antara salah satu negara yang popular di kalangan pelajar di Malaysia ialah di Korea selatan. Statistik pendidikan tinggi 2020 telah menyenaraikan bahawa seramai 440 pelajar Malaysia yang menyambung pelajaran di Korea Selatan pada tahun 2019 dan seramai  452 pelajar Malaysia yang menyambung pengajian  di Korea Selatan pada tahun 2020. Oleh yang demikian pelajar-pelajar ini secara tidak langsung mereka perlu mempelajari, memahami serta fasih berbahasa korea bagi memudahkan mereka dalam proses pembelajaran serta mendapatkan keperluan harian seperti membeli barangan makanan yang halal ketika berada di Korea Selatan. Apabila mereka boleh bertutur dalam bahasa korea dengan baik ianya lebih memudahkan mereka menjalani kehidupan mereka ketika berada di sana, hal ini kerana seperti yang kita ketahui bahawa masyarakat-masyarakat di korea kebanyakkannya mereka tidak mempunyai pengetahuan  yang mendalam tentang berbahasa inggeris, oleh itu masyarakat di sana hanya memahami bahasa korea atau bahasa ibundanya sahaja.


MUHAMMAD Farhan Razali bersama pelajar Malaysia di Korea Selatan


Sebagai contoh rakyat Malaysia yang telah menyambung pelajaran di Korea Selatan adalah Muhammad Farhan yang berumur 23 tahun yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Korea di Universiti KyungHee di Seoul, Korea Selatan. Beliau berkata di dalam temu ramah yang dibuat oleh harian metro bahawa beliau ingin belajar di luar negara untuk mendalami bahasa korea dengan tujuan merealisasikan cita-citanya untuk bergelar pensyarah subjek pengajian bahasa korea di sebuah universiti di tanah air. Oleh itu jelaslah bahawa bahasa korea sebagai bahasa kedua banyak dikuasai oleh para pelajar yang menyambung pelajaran di sana, bagi memudahkan urusan pendidikan dan perhubungan 


💕 Tuntutan peluang pakerjaan yang banyak di Korea Selatan




Korea selatan merupakan salah satu negara yang popular di kalangan masyarakat Malaysia untuk bakerja di sana. Dianggarkan lebih 5000 rakyat malaysia bakerja di Korea Selatan. Hal ini dikatakan demikian kerana perbezaan nilai mata wang yang amat ketara dengan nilai mata wang di Malaysia telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia ingin bakerja di Korea Selatan.


Selain daripada warganegara Malaysia yang pergi ke Korea Selatan untuk mendapatkan pakerjaan, terdapat juga rakyat Malaysia yang mengambil peluang untuk mempelajari bahasa keduanya iaitu bahasa korea bagi menceburi bidang-bidang yang amat diperlukan oleh syarikat-syarikat besar di Malaysia seperti penterjemah (traslator). Hal ini dikatakan demikian kerana, pada masa kini terdapat banyak syarikat-syarikat di Malaysia mencari rakyat Malaysia yang fasih bertutur bahasa korea, kerana Malaysia sudah banyak membuat hubungan perniagaan dengan syarikat-syarikat yang maju di Korea Selatan. Kebanyakkan syarikat-syarikat di Malaysia ini telah menawarkan gaji atau elaun yang tinggi iaitu boleh mencecah sebanyak RM 2000 hingga RM 3000 bagi sesiapa yang boleh bertutur bahasa korea dengan baik.




Sebagai contoh seorang rakyat Malaysia yang bernama Siti Aishah Nor Azman merupakan salah satu penterjemah (translator) bagi kumpulan penyanyi terkenal iaitu Blackpink. Walaupun beliau telah gagal dalam peringkat spm namun beliau telah megambil peluang untuk mempelajari bahasa korea sebagai bahasa keduanya bagi menceburi bidang penterjamahan ini kerana beliau yakin bidang ini amat diperlukan di Malaysia pada waktu ini dan beliau telah berjaya mencipta nama sebagai seorang penterjemah (translator) yang berjaya dengan menguruskan program-program yang besar dengan jayanya.


Oleh itu jelaslah bahawa tuntutan peluang pakerjaa merupakan salah satu faktor seseorang mempelajari bahasa korea sebagai bahasa keduanya


Kesimpulannya, Seseorang yang tinggal atau menetap di negara lain selain negara asalnya perlu mempelajari bahasa di negara tersebut selain bahasa ibundanya bagi memudahkan sebarang komunikasi berlaku dan mereka  tidak berasa tersisih dan terasing. Selain itu, bahasa kedua juga amat penting untuk dipelajari oleh seseorang  kerana banyak manfaatnya yang boleh diperolehi 



BIBILOGRAFI

Norul Haida bt. Hj. Reduzan (2013). Ilmu Psikolinguistik. Tanjong Malim. Penerbit Emeritus Publication. 



https://www.thevocket.com/gagal-spm-bukan-penghalang-individu-ini-jadi-penterjemah-blackpink-dan-artis-korea-lain/

http://hamdanbyusoff.blogspot.com/2012/11/bahasa-kedua.html







Comments