Posts

ADAKAH BAHASA KOREA BAHASA KEDUA PILIHAN GANERASI KINI ?

Image
  BAHASA KOREA SEBAGAI BAHASA KEDUA Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa kedua ?   Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) maksud bahasa kedua “ adalah bahasa yang kedua dipelajari oleh seseorang itu di samping bahasa kandung yang dia peroleh . Bahasa kedua ini adalah bahasa asing yang dipelajari untuk tujuan-tujuan tertentu .”  seperti yang kita ke tahui bahawa sebelum kita memperolehi bahasa kedua sudah tentu kita akan memperolehi bahasa pertama terlebih dahulu . Pemerolehan bahasa pertama telah berlaku secara semulajadi semenjak kita baru dilahirkan lagi . Akan tetapi pemerolehan bahasa kedua ini adalah berbeza dengan pemerolehan bahasa pertama yang telah berlaku secara semulajadi kerana pemerolehan bahasa kedua perlu   dipelajari secara formal dan konsisten bagi memastikan seseorang itu dapat menguasai bahasa keduanya itu . Pemerolehan bahasa kedua ini akan berkembang dengan adanya latihan dan p